Monday 12 February 2018

Secara Tak Sedar Harta Kita Di Sucikan

Kadang-kadang tu pernah tak rasa baru je dapat gaji tapi dah kena kuarkan duit.. tiba tiba pulak la kereta nak rosak la , laptop nak rosak la.. seperti tak disangka sangka kan.. lalu dengan rasa berat hati tu terpaksa juga kuarkan duit gaji yang baru masuk tadi.

Mungkin kita tak sedar itulah salah satunye cara Allah nak sucikan harta kita. cuba FlashBack balik mungkin sebelum ni kita dah lama tak bersedekah di masjid atau di mana mana. Maka ketika itulah secara tiba tibanya barang peribadi kita nak rosak.

Kalau jadi mcm tu , janganlah kita mengeluh sebaiknya bersyukur la kerana dengan cara in Allah itu mahu sucikan harta kita. Renung diri semula mungkin selama ini kita bekerja makan gaji tanpa keikhlasan hati langsung. Ataupun selama kita bekerja ni kita menggunakan masa dengan sesuatu yang tak berfaedah macam main facebook je ke, tgk instastory je.. hmm tak elok tu ye guys.

Actually terkena ke batang hidung sendiri, nak dijadikan cerita lately mmg takde keje kat office. Ntahlah bukan tanak buat kerja cuma boss tu yang tak bagi kerja. Bila tanye Boss ade kerja tak, dia kata takde.. hmm makanye menonong jelah kat office ni duk main fb la main instagram la.. Rasa wei duit tak berkat. Oklah dah 3 mggu macam ni pergi office menonong je lastnye Laptop yang hari hari guna ni bawak g office ni rosak tiba-tiba..Rasa sedih wehh.. selama 5 bulan ni guna tanak rosak pulak why skrg nak rosak.

Oklah melayanglah RM 280 utk repair LCD Laptop rosak. Walaupun aku rasa mahal giler . macam kena ketuk je.. hmm takpelah lastnya terfikir mungkin cara inilah Allah nak sucikan harta kita.. nak tanak kena Redha.. betul tak..

Bercinta selepas Nikah

Kisah Bermula di Oktober

Waktu ni syukur dapat offer dekat company oil and gas ni.. Vendor Petronas utk Instrument Package. Mestu baca tak faham ape benda nya Instrument Package ni.. haha abaikan kalau tak faham.. nnti lah sis buka blog pasal Instrument Package. Awal Bulan Oktober ni patutnye kena daftar diri masok company baru tu.. Dlm pada yang sama tiba2 dapat msg dari makcik sendiri , " kakak dah ade bf ke? kalau takde makcu nak kenalkan dengan someone?" aku baca msg macam terjerit happy actually.. laju je reply , " Nakkkkk!!" hahaha.. gelojoh sgt.. sorry maafkan ittew.

Alhamdulillah lagi 3 minggu kami akan bernikah tak lama lagi ❤❤

Friday 22 November 2013

Hari Tamat Exam

Tanggal 20 November tamatlah sudah hari exam. hari in masuk hari kedua aku abes exam . Pastu sekarang dah bosan duduk rumah. Waktu mula-mula start exam tu punyalah rasa lamanya exam bila nak habes ni. Ini bila dah habis ni dah mati kutu tak tahu nak buat ape. Cerita Korea dah abes layan. Movie Melayu pun semua dah khatam.  ape nak buat bosannya..

Pastu tiba tiba ended up dengan idea nak kerja . Tapi nak kerja apa. P la try google kat internet pastu nampak iklan Christmas Warehouse Job Application. Actually dorang memang selalu ambil pekerja extra time nak Christmas ni. Sibuk sangat la tu kedai dia. Aku pun p la apply pastu hanta resume semua pastu katanya tunggu dia call untuk interview. Mak aihh susahnye la nak mintak kerja. Maklum la ini first time mintak kerja.

Rasanye peluang macam tak cerah je, gua pun hanat lagi resume kat Spotlight (kedai cadar kain) kalau kat Malaysia macam kerja kat Kamdar la. Then p singgah kedai Reject Shop. tapi kat situ macam tak dapat je sebab dia dah ambil pekerja lama dah utk Christmas. so kira aku ni lambat la. Last sekali pergi kat Sam's WareHouse. haaa kat situ macam ade peluang yang tinggi. Orang dia pun baik betul peramah

Thursday 20 December 2012

happy wedding


Wedding photoshoot. tiap weekend inilah kerja aku. 

Dah banyak sgt dah photographer skrg ni. kalau zaman dulu dulu pergi kenduri kahwin jumpe abg OP 

(official Photographer) jumpe yg sama je.

Ok ini pasangan aku shoot dekat Tasek,Ipoh. ok la best. dorg sporting xbanyak ragam.

Antara masalah selalunye pengantin cepat hilang mood. cerewet.

tapi tapi... sebagai OP professional. memang la kena bnyak bersabar dan handle la mereka ini baik2. 












Wednesday 28 November 2012

M A S A


Masa itu Emas
Ahh itulah peribahasa yang sering kita dengari. Jemu dah nak dengar ni.
Tapi disebabkan kita selalu dengarlah kita selalu lupa, kita ambil xkisah je.

Hari ini aku lambat bersiap. Kesian bapak aku nk kena tggu aku bersiap. Dia kerja kat government masuk kerja pukul 8 pastu siap ada punch card lagi.  Kalau lambat, card tu merah la. Bukan card tu tiba-tiba jadi merah tapi bertanda merah instead of hitam.

Mak kat rumah pun dah bebel je. Tapi xboleh nak marahkan. Mak itu memang suke membebel pon. Buat la apa sekalipun. Memang xboleh halang. Itu lumrah.
Oh dah lambat kan abestu ape perancangan kita kalau da lambat ni. Esok manage time elok2 pastu cuba bangun awal. Ya itu lah kunci segalanya. Bangun awal.

Sebab itulah Allah ada turunkan surah Al- As (Demi Masa). Allah itu tahu manusia ini sering lupa sebab itu dia kasi kita surah itu, supaya kita lebih mengingati betapa pentingnya masa itu.

Ok jom tadabbur sikit ayat pertama itu Allah cakap ,”Demi masa”. Demi? Apa erti demi? Demi itu menunjukkan betapa besarnye makna iaitu demi MASA itu tersendiri. Meletakkan segalanya pada MASA itu.

Ok ayat kedua, ‘’sesungguhnya manusia itu dalam kerugian ‘’

Ayat ketiga,’’ Kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal-amal soleh dan menasihati antara satu sama lain kepada kebenaran dan menasihati antara satu sama lain untuk kesabaran “.

Nampak tak yang Allah itu mengingatkan kita. Dia xnak kita menjadi orang yang dalam kerugian. Ok kita ambil contohlah. Ada satu event ni dapat makan free, pastu kita terlambat maka makanan pun habis. Tiadalah rezeki untuk kita. Haa betapa pentingkan masa tu. Dah tu janganlah lambat. Gunalah masa itu sebaik mungkin.

Tuesday 27 November 2012

hari Pertama Internship

yeah.. hari yang ditunggu dah tiba.. how time flies..

buat intership kat mana..?
"alah Consultancy je pun. eh consultant pun bagus ape. jangan main-main. "

jom introduced berapa ramai staft kat sini. yang pertama encik bos, yg kedua anak encik bos, encik- encik engineer 3 orang pastu 5 orang technician yang lastnye 3 orang kerani wanita. ye nasib ade 3 wanita.. makcik-makcik ni la jadi peneman.

nak dapat bilik sendiri memang la tak dapat ni dapat meja dengan satu komputer pun jadilah. weee hapi je saya. Disebabkan saya ini intern dengan encik engineer maka kenalah duduk dlm bilik bersama encik-encik engineer.

Pemikiran skrg dah kena ubah dah. Semua kena pikir macam engineer. ya duduk, cakap pun kena act like an engineer. tapi makan? ok macam engineer jgk.

Hari ini tak buat apa - apa pun. beramah mesra dgn mereka. Orientasi day makan durian.. hahaha..
ok jam pun dah pukul 5.15.. lagi 15 minit boleh balik..  

Esok dah kena start bekerja as engineer yang sebenar kot. hari ini orientasi pengenalan. 
maka tamatlah hari pertama saya hari ini.




Result itu ketentuanNya

Allahuakbar..! Allahuakbar..!

Allah tu sangat hebat kan. bila-bila je kalau dia nak gagalkan kita dia gagalkan.
 Kalau dia nak luluskan kita. maka dia luluskan

Nampak tak hebatnye Allah tu.

Pernah tak rasa yang kalau kita berusaha dengan dasyat sehebat mana pun kalau Allah tu nk bagi kita gagal kita tetap akan gagal jugak.

Pernah tak rasa yang kita xboleh jawab pun soalan tu mesti fail ni, tapi bila Allah nk luluskan kite jgk tu
kita tetap akan lulus dan tiada siapa pun dapat halang Allah.

Tapi kan apa yang selalunye manusia akan lakukan kalau dia lulus?
Ya dia bersyukur. Alhamdulillah kalau masih ada perasaan itu.

Tapi bagaimana pula pada mereka yang gagal?
alhamdulillah dia sabar tabah dan redha dgn ujian Allah.
Tapi bagi mereka yang kurang imannya pasti akan marah Allah, putus asa mengalah macam tu je.

Nampak tak sebenarnye betapa vesar lagi nikmat utk org yg gagal dari yg lulus itu. Yg lulus sudah tentu bersyukur tapi yg gagal tu?

Allah hanya nak menguji kamu, percayalah pahala disebalik kegagalan itu lebih besar berbanding mereka yg lulus itu.

Mungkin selepas gagal ini kamu akan bertambah bersemangat dan makin mengingati Allah berbanding pula mereka yang lulus itu, ntah2 melupakan Allah. Who knows kan.. hati manusia.




Secara Tak Sedar Harta Kita Di Sucikan

Kadang-kadang tu pernah tak rasa baru je dapat gaji tapi dah kena kuarkan duit.. tiba tiba pulak la kereta nak rosak la , laptop nak rosak l...