Saturday 29 September 2012

Betul ke seimbangkan akhirat dan dunia??

Assalammualaikum semua. wah arini statement tajuk kat atas tu sangatlah besar mkananye. Selalu kan kite dgr hidup ni kenalah seimbang, dunia dan akhirat. Sebenarnye ade bnyak pendapat pasal benda ini. tapi kat sini saya nak share la dengan anda anda semua. 

Bagi saya, sekarang saya adalah student sepenuh masa. Orang semua ckap belaja elok2.. belaja rajin2.. sampai setiap saat setiap malam belaja. takot kalau xbelajar nnti kena tarik pulak scholarship.

Ye betul tu, saya bukan nak sarankan xpayah belaja ala ape nak takut sangat dgn JPA or MARA tu. Tpi kan penah tak kita terfikir yang TUAN kita yang sebenar, org yg menciptakan kita di muka bumi ini iaitu ALLAH..

Kenapalah Allah menciptakan kita, adakah untuk menjadi student sepenuh masa? menjadi pekerja gigih bussineesman sepenuh masa? sampaikan dalam sehari tu kita divide kan masa 8 jam study, 8 jam tido, 4 jam makan minum dan lain2? kalau solat tu xsampai 20 minit? itu pun yang solat penuh..

kalau yang skip solat tu, 5 minit je berjumpa dengan Allah dalam sehari? tak rasa apa2 ke? tak rasa malu ke? Kite boleh mengadap buku berjam2 utk kejayaan dunia semata2. Sedanglan kita tahu yang akhirat itu kekal. infinity. kita tidak tahu mana penghujungnya. kenapa pulak nak seimbangkan dunia dan akhirat? 

ok sebagai contoh. dunia paling lama pun manusia boleh hidup 90 tahun. akhirat pulak infinity? sampaikan sehari ibarat seribu tahun lamanya di akhirat nanti... Saya percaya awak semua ni terror mathematics, hebat2 semuanya, insyaAllah.. sila tgok ratio dunia dan akhirat.. adakah ianya 50:50 yang dikatakan separuh itu?

Renung-renungkanlah.. kalau la masih ada rasa berkira nak bukak al-Quran dan fahami maksud tu.. fikirkanlah sejenak..  Kalaulah buku Electrical engineering, Science, Math boleh pulak berjam2 spent sampai sanggup berjaga malam. tapi nak buat Qiammulail masih berkira2...?

''Ingatlah kalau kita berkira kira dengan Allah, akhirat nanti Allah pulak akan berkira kira dengan kita."

Wednesday 26 September 2012

Syaitan Tidak Pernah Berputus Asa

“(Iblis berkata:) “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur” al-A’raf (7:13-17)

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah.

Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan  maka

Allah akan memberikan penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Pernah tak rasa yang Syaitan itu sendiri tidak pernah berputus asa menggoda umat Islam. 


Mereka terus menerus menggoda manusia berbuat kejahatan. Sebab mereka pernah berjanji akan menyesatkan umat Islam hinggalah hari manusia dibangkitkan ( hari kiamat ).

Macam mana pulak dengan kita? Pernah terfikir tak kenapa kita ade rasa berputus asa itu untuk berbuat kebaikan sedangkan syaitan itu sendiri tidak pernah berputus asa. Malahan mereka sanggup berkerja keras menghasut manusia.

Dah tu tak rasa malu ke? kita berputus asa pada Allah dan akkhirnya terjerumus ke dalam godaan syaitan itu..

Sedangkan syaitan pernah berjanji di akhirat kelak dia tidak akan menanggung segala perbuatan dosa manusia itu walaupun dia yang mennghasut manusia itu. 

Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu (perhitungan di hadapan Allah pada Hari Akhirat);


''Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu: dan tiadalah bagiku sebarang kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dulu lagi aku telah kufur ( terhadap perintah Tuhan) dan kamu sekutukan daku dengan-Nya.Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang terperi sakitnye.'' [Ibrahim:22]

Nampak tak betapa teruk dan kejinya Syaitan ini, mereka bukan saja tidak mahu mengaku kesalahan  di sebabkan godaan itu malahan mengatakan semua itu disebabkan kita sendiri. 

Scary tak ...?? Kalau macam tu kan, apa kata kita patut rasa mcam ni, ''Ah kenapa pulak aku nk bagi chance dekat syaitan untuk menghasut aku, kenapa pulak nak kasi dia menang.

Nanti dekat akhirat kalau yg buat salah tu bukan dia yang nk tanggung. Aku jgk yg kna tanggung azab neraka teramat pedih itu. "


Tuesday 11 September 2012

Pilihan itu milik Allah

Pilihan atau dalam bahasa arab we called it ikhtiar.. apa itu pilihan? pilihan untuk apa? pilihan siapa?tak tahu membuat pilihan.

Sedar tak kadang2 tu kita tak tahu membuat pilihan dan akhirnya kita telah pun membuat pilihan itu. dan kadang2 itu juga kita membiarkan takdir yang membuat keputusan..

contoh :" oh kalau surat tawaran xsampai sampai lagi maknanya aku hanya akan ke sekolah menengah biasa sahaja."macam tu juga kalau kita berancang berhabisan untuk pergi ke suatu tempat tapi tiba2 ada hal yang tak dapat dielakkan contohnya tiba tiba kereta rosak.

kita mungkin akan rasa seperti itu kebetulan tapi sebenarnya itulah ketentuan Allah.. setiap apa yang kita lakukan , kita makan hari ini semuanya telah ditentukan Allah.. sebab itulah kita pernah dgr , "kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menetukan." dan apa yang saya nak sampai kan itu samalah dengan ayat di atas..

Oleh itu, kita sebagai hambaNya hanya layak merancang kerana yang menentukannya itu Allah.. Allah telah tahu mana yang terbaik untuk kita.

Misalnya kalau kita berasa subhah = ragu2 ke sesuatu tempat ini dan nak sangat pergi tapi tiba2 kereta rosak dan kita masih nak pergi dengan mencari pelbagai cara untuk pergi jgk dan akhirnya kita pergi, mungkin sebenarnya Allah nak lindungi kita dari ke tempat itu.

Sebab sebenarnye kalau subhah ni iaitu kita tidak tahu atau ragu2 eloklah meninggalkannya.. subhah juga apabila kita xboleh memulakan dengan Bismillah maka kite hentikan jangan teruskan.  itu untuk keadaan yang subhah.

tapi ini keadaan lagi dimana tempat yang kita nak pergi itu tempat kebaikan, ke jalan Allah.. maka apabila kite berasa malas untuk pergi tetapi nak pergi.

biasalah syaitan sering menimbulkan ragu2 syak wasangka pada manusia. kerana itulah kerja mereka Syaitan. kalaulah tempat itu ke jalan allah maka semua kerja akan dipermudahkan.

ckap ada kerja la tapi bila buat eh cepat pulak siap. itu kerana bantuan Allah.. Allah dah tentukan kita akan pergi. tapi jgn la berasa sedih jika tak dapat pergi, mungkin itu juga yang terbaik. manalah tahu kot kot kalau kita pergi akan terjadi sesuatu tak diingini pada kita.

Ataupun berada di rumah lebih baik utk kita. kita xtahu apa hikmahnya tapi percayalh itu semua PILIHAN Alllah utk kita, iaitu PILIHAN TERBAIK dari mana2 pilihan. insyaAllah

Secara Tak Sedar Harta Kita Di Sucikan

Kadang-kadang tu pernah tak rasa baru je dapat gaji tapi dah kena kuarkan duit.. tiba tiba pulak la kereta nak rosak la , laptop nak rosak l...