Thursday 20 December 2012

happy wedding


Wedding photoshoot. tiap weekend inilah kerja aku. 

Dah banyak sgt dah photographer skrg ni. kalau zaman dulu dulu pergi kenduri kahwin jumpe abg OP 

(official Photographer) jumpe yg sama je.

Ok ini pasangan aku shoot dekat Tasek,Ipoh. ok la best. dorg sporting xbanyak ragam.

Antara masalah selalunye pengantin cepat hilang mood. cerewet.

tapi tapi... sebagai OP professional. memang la kena bnyak bersabar dan handle la mereka ini baik2. 












Wednesday 28 November 2012

M A S A


Masa itu Emas
Ahh itulah peribahasa yang sering kita dengari. Jemu dah nak dengar ni.
Tapi disebabkan kita selalu dengarlah kita selalu lupa, kita ambil xkisah je.

Hari ini aku lambat bersiap. Kesian bapak aku nk kena tggu aku bersiap. Dia kerja kat government masuk kerja pukul 8 pastu siap ada punch card lagi.  Kalau lambat, card tu merah la. Bukan card tu tiba-tiba jadi merah tapi bertanda merah instead of hitam.

Mak kat rumah pun dah bebel je. Tapi xboleh nak marahkan. Mak itu memang suke membebel pon. Buat la apa sekalipun. Memang xboleh halang. Itu lumrah.
Oh dah lambat kan abestu ape perancangan kita kalau da lambat ni. Esok manage time elok2 pastu cuba bangun awal. Ya itu lah kunci segalanya. Bangun awal.

Sebab itulah Allah ada turunkan surah Al- As (Demi Masa). Allah itu tahu manusia ini sering lupa sebab itu dia kasi kita surah itu, supaya kita lebih mengingati betapa pentingnya masa itu.

Ok jom tadabbur sikit ayat pertama itu Allah cakap ,”Demi masa”. Demi? Apa erti demi? Demi itu menunjukkan betapa besarnye makna iaitu demi MASA itu tersendiri. Meletakkan segalanya pada MASA itu.

Ok ayat kedua, ‘’sesungguhnya manusia itu dalam kerugian ‘’

Ayat ketiga,’’ Kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal-amal soleh dan menasihati antara satu sama lain kepada kebenaran dan menasihati antara satu sama lain untuk kesabaran “.

Nampak tak yang Allah itu mengingatkan kita. Dia xnak kita menjadi orang yang dalam kerugian. Ok kita ambil contohlah. Ada satu event ni dapat makan free, pastu kita terlambat maka makanan pun habis. Tiadalah rezeki untuk kita. Haa betapa pentingkan masa tu. Dah tu janganlah lambat. Gunalah masa itu sebaik mungkin.

Tuesday 27 November 2012

hari Pertama Internship

yeah.. hari yang ditunggu dah tiba.. how time flies..

buat intership kat mana..?
"alah Consultancy je pun. eh consultant pun bagus ape. jangan main-main. "

jom introduced berapa ramai staft kat sini. yang pertama encik bos, yg kedua anak encik bos, encik- encik engineer 3 orang pastu 5 orang technician yang lastnye 3 orang kerani wanita. ye nasib ade 3 wanita.. makcik-makcik ni la jadi peneman.

nak dapat bilik sendiri memang la tak dapat ni dapat meja dengan satu komputer pun jadilah. weee hapi je saya. Disebabkan saya ini intern dengan encik engineer maka kenalah duduk dlm bilik bersama encik-encik engineer.

Pemikiran skrg dah kena ubah dah. Semua kena pikir macam engineer. ya duduk, cakap pun kena act like an engineer. tapi makan? ok macam engineer jgk.

Hari ini tak buat apa - apa pun. beramah mesra dgn mereka. Orientasi day makan durian.. hahaha..
ok jam pun dah pukul 5.15.. lagi 15 minit boleh balik..  

Esok dah kena start bekerja as engineer yang sebenar kot. hari ini orientasi pengenalan. 
maka tamatlah hari pertama saya hari ini.




Result itu ketentuanNya

Allahuakbar..! Allahuakbar..!

Allah tu sangat hebat kan. bila-bila je kalau dia nak gagalkan kita dia gagalkan.
 Kalau dia nak luluskan kita. maka dia luluskan

Nampak tak hebatnye Allah tu.

Pernah tak rasa yang kalau kita berusaha dengan dasyat sehebat mana pun kalau Allah tu nk bagi kita gagal kita tetap akan gagal jugak.

Pernah tak rasa yang kita xboleh jawab pun soalan tu mesti fail ni, tapi bila Allah nk luluskan kite jgk tu
kita tetap akan lulus dan tiada siapa pun dapat halang Allah.

Tapi kan apa yang selalunye manusia akan lakukan kalau dia lulus?
Ya dia bersyukur. Alhamdulillah kalau masih ada perasaan itu.

Tapi bagaimana pula pada mereka yang gagal?
alhamdulillah dia sabar tabah dan redha dgn ujian Allah.
Tapi bagi mereka yang kurang imannya pasti akan marah Allah, putus asa mengalah macam tu je.

Nampak tak sebenarnye betapa vesar lagi nikmat utk org yg gagal dari yg lulus itu. Yg lulus sudah tentu bersyukur tapi yg gagal tu?

Allah hanya nak menguji kamu, percayalah pahala disebalik kegagalan itu lebih besar berbanding mereka yg lulus itu.

Mungkin selepas gagal ini kamu akan bertambah bersemangat dan makin mengingati Allah berbanding pula mereka yang lulus itu, ntah2 melupakan Allah. Who knows kan.. hati manusia.




Sunday 4 November 2012

Sungguh aku tak Sangka.

Assalamualaikum semua, sekarang ni musim final examination kat university kiteorg ni. Dalam nk exam ni mcam - macam la tekanan perasaan yg kita lalui kan. tapi itu la cara Allah nk kasi bonus kat kita

Bonus - pahala ( kita lalui dgn berhikmah dgn ihsan) - dosa ( kita lalui dgn gagal dan marah )

Dan Alhamdulillah kami di uji lagi kali ini, mggu lepas rumah kami dipecah masok perompak. dan tidak ketahuilah perompak itu siapa. Forensic people pun da dtg tapi tidak berjaya jumpa apa2 bukti cop jari.

hmm. ceritanye sebegini. Pada Selasa lepas, kiteorg semua kat uni sebab nak siapkan assignment n hari itu jgk Ayuni cakap akan dtg rumah kiteorg dgn sendirinya sbb dia ade kunci rumah.

Jam 5.30 pm, ayuni masuk rumah terus menuju ke bilik mai, sambil2 tu jeling la bilik fatihah.''hmm xde org, pastu masok bilik izzah nk charge hp pastu p bilik mai rehat.

Dia langsung x jenguk bilik aku. hmm pasrah je. bilik xcntik kot. heeee..

Ayuni pun masok toilet nak amik sembahyang kan pastu dlm toilet tu dia dgr bunyi step yg kuat sangat.
'' Maiiii, kau da balik ke?'' ... mm.. xde org jawab. aneh.

Ayuni pun keluar toilet dan terus menuju ke dapur, dan MasyaAllah tingkap dapur kami pecah dan pintu belakang terbuka luas.

Ye ini kes pecah rumah. Pencuri itu menyembunyi dalam bilik aku tatkala itu ayuni tidak perasan.

Mmg sangat mentarbiyah dan kami ditarbiyahkan oleh semua ini.

nampak tak betapa hebatnye kuasa Allah, langsung tak menggerakkan hati Ayuni langsung utk ke bilik aku. Agaknya apa akan terjadi pada Ayuni if dia masok bilik aku?

Syukur Alhamdulillah Allah bersama Ayuni. Sujud syukur dia tidak apa2.

Yang kagum lagi, sebenarnye kami balik awal je hari itu tpi entah nak kena siapkan assignment tu jgk so balik lambat tu.

Kalau la Ayuni xde msti konfirm semua barang laptop , DSLR aku dia rembat. dan tahziah aku kehilangan 2 hp. tpi xpe aku redha. mungkin kalau kurg rezeki ini Allah nak tambah rezeki lain utk aku. InsyaAllah.

Nmpk tak kenapa Allah lakukan semua ni berlaku. kenapa kami pulanng lewat selalunye awal? dan kenapa Ayuni tergerak hati nk dtg umah kiteorg padahal kiteorg xde kat umah pun dah gitau dia awal-awal.

Ye ini semua rancangan Allah utk menguji kami. menguji aku. InsyaAllah. Alhamdulillah kami lalui semua ni dgn ihsan. :)

p/s: thanks for reading. All the best pada yang nak exam tu..:)






Friday 12 October 2012

Gula-gula Getah

hari ni pergi kelas.. ade kelas ECON 222 subject elective.. hmm nak pergi cari meja kerusi mne ni.. tapi stress betul. Banyak sgt gula-gula getah kat meja. eh diorang ni xbertamadun betul. nak buang, buang la dalam tong sampah.

tak pelah abaikan meja tu. hmm pernah tak terfikir, macam mana kalau gula- gula getah tu melekat pada kasut kita. haishh xsuka nya.. 

''Aku nak jalan ni.. ish gula-gula getah ni melekat melambatkan perjalanan aku.. dah la kotor pulak tu.''

mesti la org xsuka kan siap mengutuk2 lagi siapalah yang makan gula-gula getah. tak reti nak buang betul-betul ke. Marah betul kita pada gula- gula getah tu..

Tapi kan mungkin kita xsedar sebenarnye kite hidup dgn gula-gula getah yang melekat tu.

Kita xsedar yang selama ini gula-gula getah ni melambatkan perjalanan hidup kita.

Apa itu gula-gula getah kita?

ianya CINTA / KEKASIH/ GF/ BF aka yang bukan mahram kita.
Hmm.. ye dulu saya pernah melekat dengan gula-gula getah ini.. Gula-gula getah ini membuat perjalanan ( ibadah ) saya lambat. Gula-gula getah ini juga menghalang perjalanan saya. (lalai mengingati Allah). Saya alpa. saya lupa.

Perasaan cinta saya terhadap Allah kini telah ade hijab, disebabkan gula- gula getah ini yang melekat. Saya mula melupakan Allah . Saya tak boleh meninggalkan hp saya semata-mata untuk bersama dgn gula- gula getah saya.

Saya tahu gula-gula getah ini merimaskan saya sebenarnye tapi saya masih bersamanya. Saya masih tidak membuangnya bahkan membiarnya melekat selamanya di kasut saya..

Lama kelamaan gula-gula getah itu turut kotor. Telah bnyak kotoran melekat padanya.

Ye saya sedar kini. 

betapa bnyaknye dosa telah saya lakukan. Banyaknye kotoran yang melekat.

Ye kini saya sedar, gula-gula getah ini sudah kotor, sudah bnyak kotoran lain turut melekat pada gula-gula getah ini dan saya harus membuangnya..

Saya xmahu gula-gula getah ini lagi, saya harus meninggalkannya supaya perjalanan saya berjalan lancar, kasut saya bersih tanpa kotoron melekat lagi.

Saya BERUBAH kini. InsyaAllah..

Saturday 29 September 2012

Betul ke seimbangkan akhirat dan dunia??

Assalammualaikum semua. wah arini statement tajuk kat atas tu sangatlah besar mkananye. Selalu kan kite dgr hidup ni kenalah seimbang, dunia dan akhirat. Sebenarnye ade bnyak pendapat pasal benda ini. tapi kat sini saya nak share la dengan anda anda semua. 

Bagi saya, sekarang saya adalah student sepenuh masa. Orang semua ckap belaja elok2.. belaja rajin2.. sampai setiap saat setiap malam belaja. takot kalau xbelajar nnti kena tarik pulak scholarship.

Ye betul tu, saya bukan nak sarankan xpayah belaja ala ape nak takut sangat dgn JPA or MARA tu. Tpi kan penah tak kita terfikir yang TUAN kita yang sebenar, org yg menciptakan kita di muka bumi ini iaitu ALLAH..

Kenapalah Allah menciptakan kita, adakah untuk menjadi student sepenuh masa? menjadi pekerja gigih bussineesman sepenuh masa? sampaikan dalam sehari tu kita divide kan masa 8 jam study, 8 jam tido, 4 jam makan minum dan lain2? kalau solat tu xsampai 20 minit? itu pun yang solat penuh..

kalau yang skip solat tu, 5 minit je berjumpa dengan Allah dalam sehari? tak rasa apa2 ke? tak rasa malu ke? Kite boleh mengadap buku berjam2 utk kejayaan dunia semata2. Sedanglan kita tahu yang akhirat itu kekal. infinity. kita tidak tahu mana penghujungnya. kenapa pulak nak seimbangkan dunia dan akhirat? 

ok sebagai contoh. dunia paling lama pun manusia boleh hidup 90 tahun. akhirat pulak infinity? sampaikan sehari ibarat seribu tahun lamanya di akhirat nanti... Saya percaya awak semua ni terror mathematics, hebat2 semuanya, insyaAllah.. sila tgok ratio dunia dan akhirat.. adakah ianya 50:50 yang dikatakan separuh itu?

Renung-renungkanlah.. kalau la masih ada rasa berkira nak bukak al-Quran dan fahami maksud tu.. fikirkanlah sejenak..  Kalaulah buku Electrical engineering, Science, Math boleh pulak berjam2 spent sampai sanggup berjaga malam. tapi nak buat Qiammulail masih berkira2...?

''Ingatlah kalau kita berkira kira dengan Allah, akhirat nanti Allah pulak akan berkira kira dengan kita."

Wednesday 26 September 2012

Syaitan Tidak Pernah Berputus Asa

“(Iblis berkata:) “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur” al-A’raf (7:13-17)

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah.

Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan  maka

Allah akan memberikan penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Pernah tak rasa yang Syaitan itu sendiri tidak pernah berputus asa menggoda umat Islam. 


Mereka terus menerus menggoda manusia berbuat kejahatan. Sebab mereka pernah berjanji akan menyesatkan umat Islam hinggalah hari manusia dibangkitkan ( hari kiamat ).

Macam mana pulak dengan kita? Pernah terfikir tak kenapa kita ade rasa berputus asa itu untuk berbuat kebaikan sedangkan syaitan itu sendiri tidak pernah berputus asa. Malahan mereka sanggup berkerja keras menghasut manusia.

Dah tu tak rasa malu ke? kita berputus asa pada Allah dan akkhirnya terjerumus ke dalam godaan syaitan itu..

Sedangkan syaitan pernah berjanji di akhirat kelak dia tidak akan menanggung segala perbuatan dosa manusia itu walaupun dia yang mennghasut manusia itu. 

Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu (perhitungan di hadapan Allah pada Hari Akhirat);


''Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu: dan tiadalah bagiku sebarang kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dulu lagi aku telah kufur ( terhadap perintah Tuhan) dan kamu sekutukan daku dengan-Nya.Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang terperi sakitnye.'' [Ibrahim:22]

Nampak tak betapa teruk dan kejinya Syaitan ini, mereka bukan saja tidak mahu mengaku kesalahan  di sebabkan godaan itu malahan mengatakan semua itu disebabkan kita sendiri. 

Scary tak ...?? Kalau macam tu kan, apa kata kita patut rasa mcam ni, ''Ah kenapa pulak aku nk bagi chance dekat syaitan untuk menghasut aku, kenapa pulak nak kasi dia menang.

Nanti dekat akhirat kalau yg buat salah tu bukan dia yang nk tanggung. Aku jgk yg kna tanggung azab neraka teramat pedih itu. "


Tuesday 11 September 2012

Pilihan itu milik Allah

Pilihan atau dalam bahasa arab we called it ikhtiar.. apa itu pilihan? pilihan untuk apa? pilihan siapa?tak tahu membuat pilihan.

Sedar tak kadang2 tu kita tak tahu membuat pilihan dan akhirnya kita telah pun membuat pilihan itu. dan kadang2 itu juga kita membiarkan takdir yang membuat keputusan..

contoh :" oh kalau surat tawaran xsampai sampai lagi maknanya aku hanya akan ke sekolah menengah biasa sahaja."macam tu juga kalau kita berancang berhabisan untuk pergi ke suatu tempat tapi tiba2 ada hal yang tak dapat dielakkan contohnya tiba tiba kereta rosak.

kita mungkin akan rasa seperti itu kebetulan tapi sebenarnya itulah ketentuan Allah.. setiap apa yang kita lakukan , kita makan hari ini semuanya telah ditentukan Allah.. sebab itulah kita pernah dgr , "kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menetukan." dan apa yang saya nak sampai kan itu samalah dengan ayat di atas..

Oleh itu, kita sebagai hambaNya hanya layak merancang kerana yang menentukannya itu Allah.. Allah telah tahu mana yang terbaik untuk kita.

Misalnya kalau kita berasa subhah = ragu2 ke sesuatu tempat ini dan nak sangat pergi tapi tiba2 kereta rosak dan kita masih nak pergi dengan mencari pelbagai cara untuk pergi jgk dan akhirnya kita pergi, mungkin sebenarnya Allah nak lindungi kita dari ke tempat itu.

Sebab sebenarnye kalau subhah ni iaitu kita tidak tahu atau ragu2 eloklah meninggalkannya.. subhah juga apabila kita xboleh memulakan dengan Bismillah maka kite hentikan jangan teruskan.  itu untuk keadaan yang subhah.

tapi ini keadaan lagi dimana tempat yang kita nak pergi itu tempat kebaikan, ke jalan Allah.. maka apabila kite berasa malas untuk pergi tetapi nak pergi.

biasalah syaitan sering menimbulkan ragu2 syak wasangka pada manusia. kerana itulah kerja mereka Syaitan. kalaulah tempat itu ke jalan allah maka semua kerja akan dipermudahkan.

ckap ada kerja la tapi bila buat eh cepat pulak siap. itu kerana bantuan Allah.. Allah dah tentukan kita akan pergi. tapi jgn la berasa sedih jika tak dapat pergi, mungkin itu juga yang terbaik. manalah tahu kot kot kalau kita pergi akan terjadi sesuatu tak diingini pada kita.

Ataupun berada di rumah lebih baik utk kita. kita xtahu apa hikmahnya tapi percayalh itu semua PILIHAN Alllah utk kita, iaitu PILIHAN TERBAIK dari mana2 pilihan. insyaAllah

Friday 25 May 2012

babai Autumn


 autumn, i am gonna miss you.. so much time i had with you.. walaupun apa yg aku harapkan utk autumn ni xberapa yg diingini tpi xpe...
tu la kan selalu org ckap yang xsemua apa yang kite rancang akan berlaku.. kie hanya boleh merancang, Allah yng menentukan... :)

goodbye autumn.. ;(

welcome winter! walaupun aku xsuke winter tapi xpelah, just enjoy la ape yang kite ada skrg.. panas ke sejuk ke tu semua ciptaan Allah.. bersyukurlah!.. :)

Monday 21 May 2012

Future father to my baby


                                         

oh i love babies.. sume baby orang kalau boleh aku nak kidnap amek wat baby sendiri kat umah..
tapi kan ada certain orang yang xbape suke baby, suke baby yang betul2 baby pastu da besar 
dah umo bape tahun dah xsuke dah.. ade pulak yang suka baby sendiri je maksud baby anak 
sedara sendiri or anak cousin je dia suke.. anak orang lain xsuka.. pastu ade jugak yang xsuke baby alasan manja sangat mngade2 baby kuat nangis.. dah nama baby mmg la menangis je xkan la nak bercakap pulak.. adoiii.... macam2 jenis orang la.. tapi bagi aku, aku mmg suke baby suke budak kecik suke la sangat2... 

Ohh mmg la aku suke baby tapi terdetik di hati nak cari bakal suami yang suke baby jgk.. (ececeh berangan nak kawen dah ni) huhu... sebab kalau dapat laki yang suke baby jgk wahh bahagianya family aku nnti.. tapi aku kalau de baby nnti de anak sendiri, aku akan manjakan dia sangat2 , dia nak apa pun aku akan bagi.. emm xkisah la orang kata ape, aku tetap akan manjakan dia.. hoho.. (ohh yang baca ni mesti xsetuju jgk kan.. muehehehe.. ) so bakal suami kena la berkemampuan insyaAllah utk kesenangan anak2 aku nanti.. aku xnak anak2 aku nnti hidop susah.. ( ini bukan kata2 materialistik ye).. this all for my child's future. 

Pastu bakal suami aku tu kena seorang yang bersabar, yelah nak layan bakal anak2 aku yang mungkin akan kuat degilnye cam mummy dia ni.. haha

Then bakal suami tu kena kuat... baru la anak2 aku kagum ada daddy yang kuat.. kuat tu means boleh jadi protector and hero la dalam family tu... bukan kuat yang macam gengster ke ape.. contoh kecik, macam dalam rumah gelap pastu okay daddy masok dulu bukak lampu eh.. haha.. berangan lebih dah ni... 

Teringat kata2 makcu aku ni haaa, " akak, cepat-cepat grad, pastu kawen terus, buat baby."
hahaha.. apakah? buat baby...? haha,, i wish too, but rasa muda sangatlah nak berbaby ni.. aku kan da jnji nak manjakan dia nak bagi apa je utk dia mestilah kena bnyak duit ... so kesimpulan kumpul duit bnyak2 utk bagi anak happy.. ;)

ok, itu jelah ciri2 my future father to my child.




Thursday 3 May 2012

Bau hancing

hai.. pepagi tadi baru je lepas test subject 333.. mak aihhh sumpah susah giler... study bagai nak rak tido tgah malam last2 xdapat jawab langsung.. adoiii sedih nye... xpelah skrg ni tawakal je pada Allah k.. yang da lepas tu lepas la... jgn ditangisi.. huhu..

disebabkan stress teramat sangat, bagi mengubati hati yang lara, aku p la jumpe aryan dan irsyad.. dorang ni anak kak kelly, one of my feberet sista kat sini.. huhu.. masok2 je rumah nmpak aryan tgah main game kat ipad dia. Dia nmpak aku terus menjerit ke exsaitedan teramatnye....

''kak paiiiii..'' 
exsaited nye muke aryan jumpe aku... haha

hahaha.. ingat jgk budak ni kat aku.. mane xingatnye tiap mggu msti datang melawat... dah penat main dgn aryan, tengok irsyad geram la pulak.. makin bambam badan irsyad... aku pun dokong la dia.. dokong punya dokong tetibe terpegang bontot irsyad, eh eh asal basah ni?

OMG, ''pampers irsyad bocor la kak paii...'' haha.. hadoi abes baju seluar aku kena basahan irsyad itu.. pe lagi cecepat p toilet.. ingat basuh pakai air boleh hilang ke bau hancing tu... dah la pasni ade kelas lagi ni... wuhuhu... xpelah sikit je pun ni... maka saya pun pergi la kelas bersama2 bau hancing itu.. haha.. hadoiiii ape lerrr.... hari ini saya berbau hancing ke kelas.. haha...


oh inilah budak tecik yang pampersnye bocor tu.. >.<

Monday 30 April 2012

hari hari makan kebab

hari hari makan kebab.. oh yea kat uni aku susah nak cari makanan halal ni.. yang ade pun kedai kebab dengan kedai little curry.. yang kedai kebab ni kedai org Turkish dan yg little curry pulak kedai indian. so nak ke xnak aku dah xde pilihan lain terpaksa jgk beli.. nak masak kat rumah pulak malas sebab gap 2 jam je utk kelas seterusnye..so tggu jelah kat uni tu.. kalo nak berjalan balik rumah jgak mungkin mengambil masa dalam 20 minit jgk la berjalan.. jauh kan, so kalo semata2 nak balik masak je mmg la tahap kemalasan itu sangat tggi.. haha...

ok sepatutnya aku bersyukur.. sedap je kebab ini.. bersyukur la at least ade jgk kedai halal kat uni.. daripada xde kan lagi susah... huhu... 


Sunday 29 April 2012

kueh tiaw kungfu

lapar lapar... cuaca makin sejuk la skrg.. smlm 21 degree, ari ni 17 degree.... perut macam2 mengidam skrg... (hoii kau da macam org mngndung ngidam2 ni).. pagi tadi actually da makn spagetti Aini buatkan.. pastu tgahari pulak makan bubur ayam mai buat.. then petang ni tetibe perut nak makan kueh tiaw kungfu.. ahh teringat kueh tiaw kungfu KMKN dulu.. ehh dulu aku bukan de sebut pasal tomyam KMKN ke? haha... ok pendek kata makan kat KMKN sume sedap2.. 
 ala senang je masak kueh tiau kungfu ni sebenarnye.. ni pun coordinate by izzah.. sebab izzah je yang penah masak kueh tiaw kungfu ni.. seyes senang giler.. cume rasa tu la xrase macam kedai.. dah nama masak sendiri mane pulak nak rase cam kdai kan... huhu..




overall sedap la kueh tiaw kungfu ni... hehe... kenyang perut aku malam ni.. alhamdulillah.. ok nak sambung buat kerja kena baca lab ni preparation utk esok.. :)

first ice cream


sedap kan ice cream tu.. ni ice cream vanilla with sprinkle.. yang ini harganye aud3.50.. mak aihh.. mahal giler kan... haha.. thanks to makcik kuat bebel sorg tu.. dye dok mengomen2 ni kalau beli yang satu bekas kat wollies ni lagi murah, bnyak pun bnyak... haihh bnyak bunyi pulak dye ni.. tpi xpelah disebabkan ini dye yang belanja so aku pun maleh nak lawan ckap.. haha. maklum la elaun kan baru masok tu yg blnja tu.. lagipun dulu ade gak pegi sini nk mkn ice cream ni tpi time tu kiteorg lmbat last2 van ice cream tu lariii.. haha.. yg tu sangat lawak.. jalan punye la jauh last2 van tu lari .. haha... hmmm disebabkan ni la ice cream pertama dye blnja aku .. so kena appreciate ni.. haha.. :)

Saturday 28 April 2012

Drive kereta manual

debar2 jantung aku.. luruh.. ase nak tercabut... yeah, aku drive kereta manual arini.. kereta pinjam kak fadzilah punye kereta... ok cerita dia macam ini...

Pepagi tadi aku, hana, izzah, ayuni n kak fadzilah p kuar fairy meadow tadi. kiteorg nak p garage sale tapi malangnye garage sale yang kiteorg nk pegi tu x jumpe... pakai gps pun xjumpe jgk.. adoiii salah alamat ke ape.. last2 kiteorg shopping kat salvos je.. borong bed n pillow sheets je... dari umah kiteorg memula tu ayuni yg drive.. ayuni drive ok la cume bnyak kali mati enjin je.. aku nak drive kat city time tu cume takot bnyak kete pulak kat city time tu.. pastu da settle shopping tu, kiteorg pun beransur la pulang dan menuju ke rumah kak wani.. kak wani wat makan2 tgahari tadi..

ok sekarang ini, misinya adalah untuk meng pick up mai di rumah.. aku drive la time tu dan izzah de kat sebelah jadi coordinator aku.. time amek mai tu alhamdulillah everything berjalan dgn lancar.. alhamdulillah aku xmati enjin langsung.. ni yang nk cite ni, misi untuk pulang setelah makan sedap2 di rumah kak wani.

kali ini aku gedik2 nak bawak.. first2, ade kete kat belah kanan aku dan time tu aku nak belok kiri, aku cam nmpak kereta tu perlahan so aku pun press la minyak terus belok kiri, yang izzah dah menjerit... aku xleh stop izzah, ni da gear dua.. boleh ni boleh.. ahhh.. nasib baek kereta tu x hon dan sume okay je...

pastu yang scary next right tu atas bukit kot.. aku sedang dalam gear 3 dan cubaan menukar ke gear 2 dia atas2 bukit.. giler ke ape.. yelah mmg kena tukar gear sebab nak belok kanan.. akibat clush kereta tu amatlah dalam, dan aku tetibe xdapat kawal clush tup tup mati enjin.. damn giler.. tarik handbreak cecepat.. nasib kete xundur.. yg kete kat belakang tu da rapat.. but then the same second right, atas bukit lagi aku mati enjin akibat tidak dapat mengawal clush yg dalam itu.. time nak tukar gear bleh mati enjin atas bukit pulak tu.. bapak scaryyyyyy... hahaha.. ok ini new experience utk aku.. first time drive manual kat aussie.. sumpah sampai mati aku ingat kes ini..

Tuesday 24 April 2012

Terkurung

''eh, u da makan belom..?? jom p cari fish n chips jom.. teringin.."

"alaaa.. i da makan tdi, xgitau awal2.. nah ni de salmon..len kali la kite g eh"

"xnak xnak salmon, i xsuke la.. hmmm..."
'' k fine, ari lain la eh.."

sembang2 punye sembang sampai pukul 5.30 ptg da... dah 1 jam lebih dok kat sini.. dari tadi xde org lalu pun.. mane sume org pergi ni.. petang kot belom malam lagi..taman macam ni petang2 xde org.. hmmm itu tersangatlah pelik.. cuaca sejuk giler.. angin makin kuat.. badan aku da makin sejuk menusuk tulang sejuknye tu... salmon. tu je yang ade waktu itu.. ahh aku xlarat makan..

"makanlah, xde selera ni.."

"kenapa x makan?" entah.

sembang lagi sembang.. tgk jam, oh da pukul 6 petang.. lama giler melepak borak bnda kosong..masih dalam taman yang luas cantik yang xde sape2 pun.. hanya burung-burung yang menemani dan langit menjadi saksi.. kicauan burung makin kuat.. cuaca sudah hendak gelap.. pulang lah.. dah lewat ni.. masih xnak rase mau pulang.. seronok sangat berborak.. ok kali ini kena jgk pulang..

cari pintu depan belakang.. ahh sume pagar da berkunci.. macam mana aku nk balik ni? badan dah makin sejuk... berangin giler.. tudung terbang2.. dah penat berjalan ni, kaki pun da sakiit.. xjumpe jugak pintu keluar.. give up.. rehat jap..

yeah ade lubang kat situ.. muat2 ruang utk aku keluar..  nasib baik.. akhirnye berjaya juga keluar..

p/s: terkurung itu sangatlah indah..

#random 2#


please be strong

assalammualaikum.. selamat pagi .. pepagi ni aku de klas tutorial kul 9.30 am.. lepas subuh xtido balik.. wooo hebat2.. actually memaksa diri utk tidak tido balik adalah amat susah sekali.. haha.. tpi apakan daya, terpaksa melihat2 sikit soalan tuto tu...kalo x nnti p kelas blurr nak mati.. kan lgi susah tu.. huhu

actually hari ini nak tulis khas utk my special special friend,  F.. tahziah awak.. moga arwah ibu awak ditempatkan dlm golongan org yang beriman.. saya tahu ini sangatlah berat utk awak tapi life must go on.. saya tahu awak sangat2 la sayangkan ibu awak.. please be strong.. please please.. kuatkan semangat k.. ini semua ujian Allah.. Allah sedang menduga awak.. percayalah Allah menguji hambanya kerana sayangnye itu pada hambanya.. please be strong..

''Bersabarlah. Kita milik Allah dan suatu masa kite semua pasti akan akan kembali kepada-Nya. Kerana kematian itu pasti.. itu janji Allah..
Percayalah setiap ujian yang diturunkan oleh Allah punyai hikmahnya mgkin kite xnmpak tpi sebagai hamba Allah, kita perlu bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh sabar, redha terima segala ujian Allah.
semua makhluk itu adalah menjadi milik Allah..
" Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ [1:156]
Sentiasalah berdoa..mgkin itu yang paling termampu utk masih berbakti. Doa anak yang soleh la yg dpat mnbantu arwah ibu mndpt tmpat yg baik di akhirat. insyaAllah
Bnyak2 bersabar.. percaya yg ini semua ujian Allah .walau ia amatlah besar, tpi hadapilah dgn tabah sbb Allah tahu awak mampu mnanggung dugaan ini.. Allah tidak akan membebani hambanya jika mereka tidak mampu mnanggungye.
Walaupun nasihat ini xseberapa, tpi harap mmbantu.. tabah.. doa bnyak2..
La tahzan..''



Thursday 19 April 2012

Mee Goreng Basah

huh... penatnye hari ini.. kelas full dari pagi- mlm... 
by the way tadi de test subject Control Theory.. ahhh jawab 25 minit je.. mane sempat.. kelam kabut aku jawab tdi.. dah la kena plot bode diagram lagi, bergetar2 tgn aku menggaris2 graph tu... huhu... 

bile da penat seharian berada di university, maka perut bermacam2 lah mengidam.. 
aku kepinggin mee goreng basah... haaa, yg ni bukan aku yg masak tau. aku jadi assistant je.. ni resepi fatihah.. ohh tehah, mee anda sangatlah jadi dan sedap... huhu... 
ni yang teringat giler2 ngn mee goreng basah kat msia... sedappp... aku lagi teringin char kew teau skrg....
arghhhh... ok perut pun da kenyang, skrg nk menyibukkan diri dengan menyiapkan lab report.. esok kena hanta ni.. haha.. ok... bye!





Monday 16 April 2012

Juadah berbuka

Alhamdulillah kenyang.. tadi puasa ganti wajib.. skrg dah 12 jam je siang so seronok berpuasa ni.. subuh dlm 5am then maghrib 5.30pm.. hari ini pun de satu kelas je.. kelas tutorial ecte 344, subject Control theory.. ohh subject killer aku ase.. ok sudah abaikan.. skrg nk ckap pasal ape juadah awak berbuka hari ini pai? ohhh... hari ini saya masak ayam sweet sour+ sayur kobis masak lemak.. wahh.. tgk gmbar cam sedap kan.. hehe.. seyes sedap xtipu.. ngeeee... pastu mai pulak buat air bndung untuk saya.. hehe.. thanks mai.. lama xminum bndung.. sedappp... ;))








p/s : selamat berbuka.. :)

Sunday 15 April 2012

Pet Porpoise Pool



Cuti easter break, ape bikin korang? aku pegi coffs harbour... sangat best.. tpi jauh giler kot.. drive form sydney dalm 9 hours camtu... dok sana 3 hari je.. dok dlam kete yg lama tu... ok tmpat pertama aku pegi Pet Porpoise Pool, tengok seal , dolphin n penguin.. kira cam ni first time aku tgk seal n dolphin dekat-dekat... hehe... kesian kan...tpi xpe gmbar2 ini bukti saya telah memecah record itu ye..

 happy dapat bagi seal makan.. hehe
inilah jarak dekat dolphin.. bleh pegang dye.. dan badan dye licin.. betul2 rasa macam ikan sebenar.. walaupun hakikat sebenarnye ia mmg ikan pon kan.. entah kenapa aku ingt selama ini dolphin cm bukan ikan. haha...
my best shot

ini penguins... mereka berbulu sebenarnye.. baru tahu.. haha..yelah dorg kan burung mstilah berbulu.. cume tgk dalam movie nmpak cam bdan dorang licin je kan

Saturday 14 April 2012

Rendang pertama


hari ini terasa nak makan rendang.. camne nk wat rendang.. 
woooo... nk beli xde org nak jual pulak maka dngan itu 
saya mengambil keputusan utk memasaknye dgn air tgn sendiri.. heheheso jom masak rendang....
before this mmg xpenah masak rendang pon..ni la first time...
and Alhmadulillah sedap je rendang aku.. hahaha... ok xbaik bangga diri.. takbur namanye itu.. hehehe... 
ni kalau memane makcik yang nk cari menantu tu, rela hati amek la saya.. hehe... ok sudah melalut.. 

citer ckit la cmne masak rendang ni... memula tumis bahan2 dikisar bawang merah, bawang putih, cili kering, dan halia.. pastu santan, kerisik dan gula melaka.. maka inilah hasilnye ... 
ohhh untuk pengetahuan.. rendang ini adalah rendang oversea.. serai, lengkuas sume xde... sempoi giler... tpi nk ckap yg even xde semua bahan2 penyedap itu, jadi je rendang ini cam biase... hehe... 




inilah rupa rendang daging saya yg telah siap.. ini kalau de lemang ni sedap jgk ni.. hehehe

p/s: selamat menjamu selera


Monday 9 April 2012

Tahniah Aaron Aziz

Tahniah aaron aziz... tahun ini tahun luck anda memenangi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2012.
aku agak ni mesti sebab penangan cite ombak rindu ni.. yelah cite tu aaron nmpak hot kot... plus cite kl gangster yang meletup2 tu... pastu tambah cite nora elena lagi.. cite ape lagi ye... mmg tahun 2011/12 ni aaron jelah yang banyak berlakon...

Actually sedih sebab beto xmenang, ade ke patut si Johan tu yang menang.. mmg mcam ape je.. aku dah la xsuke langsung si Johan  Asri tu.. berlakon ntah ape2 je.. muke mcm terpaksa berlakon langsung xnampak natural... hadoiiii xpaham la aku... oppss sorry2 kpda peminat johan jgn marah ye.. ini personally what i think je.. no offensive.. 

Xpelah beto kyusairy.. apa2 pun saya tetap menyokong aanda.. bagi saya andalah pelakon yang paling terbaek saya pernah jumpe.. teruskan usaha anda.. seyes kau terror berlakon kot.. aku jarang syok kat pelakon ni.. ini bile aku da puji ni tnda aku da syok abes ngn kau beto... haha



Sunday 8 April 2012

Blue Mountains trip


baru balik dari trip Blue Mountains... ni event university.. woww seronok.. i never been there before and yesterday was my first trip by university.. around 7.15 we (my friends and 1 ; mai, tehah. izzah and me) arrived at the wollongong uni..

 i'm going to share my experience last day. we depart from uni in Northfields avc for 150 kilometers travel to australia's scenic Blue Mountains-Katoomba is located 106 kilometers from sydney and 107 meters above sea level.

at 9 am morning tea and we stopped on the shores of the Nepean River at Tench Reserve. time minum2.. borak2 dngan new friends.. ohh i met a Canadian and a Japanese girl.. they both pretty... mau jdi model i dok? hehehhe...

at 11 am, we arrived at the Katoomba Skyway and Scenic Railway. nak jenjalan sana kite leh amek macam2 transport.. leh naik cableway, skyway, railway.. but unfortunately tiket kiteorg just skyway and railway sahaja... kalau nak naik cableway tu kena topup duit sendiri la... yg tu pun da aud21 ni kalau nak naik gak cableway xtahu bape kena topup.. tpi xpelah.. aku enjoy je naik bnda alah tu railway.. scaryyy nak mati tpi xpe syok.. hahaha..

then 1.15pm, we arrived at the Echo Point.This is where offer the superb view of the Blue Mountains. kat sini la nak tgk views of the Three sisters  dekat2... actually three sisters ni ade legenda sendiri.. menurut kisah dongeng, mereka ini 3 sisters yg telah di sumpah menjadi gunung.. dan tidak sempat untuk menukar mereka semula mnjadi manusia last2 orang yang mnyihir mereka itu pun mati.. maka sampai skrg mereka menjadi gunung dan tidak ditukar2 menjadi mnusia semula.. ohh macm itu la ceritanye..






 around 2 pm cmtu, we return to the uni. 5.30, we arrived... ahhh sakit belakang den, lama benor la dok dalam bas tu... erkkk...



Friday 6 April 2012

coklat kek pahit

kurang gula ke kurang susu
aku xsure la sebab ape.. tpi kek aku ni pahit.. haha
tpi ape kan daya aku yg teringin nk sngat kek coklat dah tu tahan la .. makan kasi habes.. huhu



ni kalau bagi kat org yg ade kencing manis ni konpem dorang suke.. hehe
ni tgk rupe kek ni cam delicious kan... 
tpi tidakk sebenarnye
jangan tertipu pada rupenye itu...

luar je cntik dlm pahit sebenarnye..

kite sebagai manusia pun boleh amek iktibar sikit..
jngan jadi seperti kek yg luar nmpak sedap tpi dlmnye pahit nk matiiii...
sekian.


entah la

cuti ni plan nak g mane?
entah la... sydney kot
ade project photoshoot ke?
entah la.. xde kot

hari ini nak makan ape?
entah la..nasi lemak kot
hari ini nak tgk movie ape?
entah la..kasyaf imani kot

hmm.. knape ini?
entah la.. xsihat kot
xsihat ke?
entah la.. sihat je

i risau la u macam ni.. hmmm..
entah la.. biarlah kau... haha



Tuesday 3 April 2012

bila sakit

selsema... abes tercabut hidung 
sakit tekak.. dah macam ella suare aku...
sakit kpala.. pecah kpala..

bila sakit ni macam2 la perasaan muncul.. 
ohh ape yang aku mahu skrg mama aku.. mama, kakak homesick... 
kakak demam, nak mama.. 
ahh mngada la kau... besar2 nak mak..
tu la akibatnye bila da duduk berjauhan ni... kena lah matang ckit berdikari sikit.. 

special quote from my mr potato." sapalah kite untuk meletakkan tanggungjawab kita pada orang lain" ye betul tu.. betul sgt.. dah tu sakit sikit kuat la.. 

kau sakit? rehatlah.. tu je kata2 mereka..
teringin di jaga di suap makanan.. 
abes melampau mngada ni..
aku homesick skrg.. itu je

maaf kalau ingin macam2.. maaf kena teman semalaman walaupun dlm skype je

Wednesday 28 March 2012

his mineeeeee......

 
aryan aryan aryannnnn... tu la my boify.. hehe... ok actually nk wish birthday aryan 25 march lalu.. HAPPY BELATED BIRTHDAY ARYAN.. i love u so much much and much...

ohh aryan ni anak kak kelly, one of my feveret sista.. hehe.. kak kelly sngat2 pandai masak.. aku suke gilerrr.. eh knapa suke si aryan ni eh.. oh sebb dia yg pertama berani usik aku... ooo bila ngn org lain baik je bila ngn aku tunjuk action dye.. kemain lagi... pastu bile aku nk kiss dia.'' no no no..." amboi kemain lagi.. garang ye awak aryan.."

pastu aritu aku de nak balik dah.. before tu kiteorg main la sesama pastu last tu dye ckap," no no, don go.. stay here.." haha.. ape daaa si aryan ni.. tadi kemain lagi ni bile dah nak balik xbagi balik pulak.. hahaha.. comey giler...

tapi skrg ni kiteorg dah mmg rapat da.. dye pun xde nk garang2.. nk kiss pipi tu boleh je da... xde nak marah2.. aryan mmg xsuke bila de org nk kiss pipi dye.. menurut mummy dye la... ngn mummy pun dye xkasi.. so rasa cam hebat la aku dapat kiss pipi aryan kan.. haha... ok, aryan la inspirasi aku kat sini.. smngat teros dok kat wollongong ni sbb nk jumpe aryan.. kalo stress2 tu rajin la aku melawat si aryan kat umah kak kelly, teman dye main... ok, dah 2 post aku post arini,,, bapak rajin.. padahal esok de test signal processing system.. doakan aku.. bye2..:)


bila tiba masanya

ohh.. ape tittle bila tiba masnye tu.. haha.. tgk gmbar yang kat atas tu pun da terus tawu kan.. bila tiba masanya utk kita kahwin.. haha... tu la akibat suke sgt bergaul dngn kakak2 yang dah berumah tangga ni aku jadi exsaited pulak nak cite pasal bnda ni...

ok jom la share sesama... kat sini aku de  citer best... tajuknye mcam mana akak boleh kawen ngn abg tut tut ni... haha.. ok kakak pertama yg di interview aku ialah kak syaza... kak syaza baru je kawen dua tahun lepas... die dtg wollongong belaja PHD sama2 ngn husband dye...

 pastu aku tnye,"kak syaza kak syaza, pai nk tnye boleh?, cmne akak leh kawen ngn abg zain eh? camne akak tawu yang abg zain adalah jodoh akak?"

"hmm... tu la dik, sebenarnye bile jodoh kite da sampai tu, hati kite akan mula bergetar.. tiba2 bergetar dpat rasakan dye adalah jodoh kite..pastu akak jadi senang je nk terima dye macam xde pape halangan.. semua berjalan lancar... abg zain pun xde nak engelat2 ckap pasal kawen.. terus jumpe mak ayah akak..."

"before this akak xde boifren lain ke?"

"before this , akak ade je.. tpi tu la yg ex tu asyik mngelat je ckap pasal kawen... so akak pun cam rase dye ni xserius je... sedih2 tu sedih la tpi nk wat camne kan... pastu akak dulu de kenal laki ni, dye rapat sangat ngn akak rapat sampai mak akak pun tawu.. tpi entah tetibe dye xrapat ngn kak dan dye dah kawen dulu dari akak... haaaa kat sini nak ckap yg kalau seberapa rapat org tu ngn kite, kalau dye bukan jodoh kite nk wat camne kan... cam akak ni kenal abg zain 2 bulan je pastu terus kawen.. skrg alhamdulillah bahgia.."

kesimpulan:
kite as woman je follow the flow.. kalau skrg rpat, rapat la.. kalau pastu ditakdirkan xde jodoh ngn dye so biarkan saja.. just dont put any hope pada die la... go through with the flow cam 'drive through' tu.. haaha.. dah la jgn sedih sgt... skrg kawan je ngn sapa yg kau nak cume no hard2 feeling la eh.. kite ni popuan.. n kite kena tawu yg lelaki ni cepat berubah fikiran.. sebb dorg boleh kawen 4.. tpi xsemua lelaki la eh... :))

Monday 19 March 2012

the cutest A D A M


haiiiiiii nama saya ADAM... hehehe... lets present, my second talent... ohh ini boy susah sangat la nak dapat gambar dye yg best2... sgt2 suke bergerak dan berjalan2.. susah nk shoot tapi berusaha jgk amek gmbarnye.. dan inilah hasilnye.. ;))

ohh comotnye makan aiskrim.. ;p

ohh nooo saya mau jatuh...

apa adam buat ni.... 

happy dpat belon

Wednesday 14 March 2012

beautiful Z A H R A

hai semua, aku da sampai wollongong... ohhh, macam2 yang aku miss kat malaysia.. ahh makanan, orang2 sume laaa... tapi xpe perjalanan hidup mesti diteruskan... sesi photoshoot pun xkan terbengkalai ye, still go on cam biase.. yelah xkan la tiap hari nk belaja je kan, kepala boleh blurr kot.. so petang2 weekend ni ape kata kite wat activity sihat sikit...



ok kenalkan , Z A H R A, my first baby talent... 

Wednesday 29 February 2012

ohh beto, aku suka kau!


yeayy perkenalkan inilah boifren baru saya.. oppss silap2, beto da kawen la.. mane mungkin boifren aku.. hahahaha... ok nak citer sikit pasal beto kusyairy ni.. ini biodata beliau.. 

Nama : Nurkusyairy Zakuan b Osman ( Beto Kusyairy )
Lahir : 19hb Feb 1980
Asal: Kuala Lumpur
Status : Berkahwin dengan Tisha Shahar (Isteri)
Pendidikan : Diploma Perhotelan Uitm

ok nak citer sikit kenapa aku suke giler giler dgn beto ni.. akku bukan suke beto sebb dye hensem,hehe.. tapi sebb lakonan dye tu... first time aku tgk dye berlakon cite juvana, time tu dye jadi cikgu je so watak dye xlah bape penting sgt.. pastu aku tengok kashaf imani.. yang ni sangat2 tersentuh.. bapak natural giler beto ni berlakon.. mmg muke dye selamba je.. bile part sedih tu mmg aku hayati gegiler la... oohhh best giler dye berlakon.. then aku tgk selagi masih ade, yg ni lagi la best... beto romantik giler wehh.. aku tgk caer gegiler... mmg suweet comey sgtlah... hehe..

ok itu je nak citer pasal beto, malam ni aku de date ngan beto kat tv3 kul 10.30 cite pelangi kasih.. yg ni lagi syokk.. beto jdi jahat tpi gaya innocent je... tebik la sama lu... harap2 pasni beto menang award pelakon lelaki terbaik 2012.. hehe.. insyaAllah.. ^.^

Secara Tak Sedar Harta Kita Di Sucikan

Kadang-kadang tu pernah tak rasa baru je dapat gaji tapi dah kena kuarkan duit.. tiba tiba pulak la kereta nak rosak la , laptop nak rosak l...