Wednesday 28 November 2012

M A S A


Masa itu Emas
Ahh itulah peribahasa yang sering kita dengari. Jemu dah nak dengar ni.
Tapi disebabkan kita selalu dengarlah kita selalu lupa, kita ambil xkisah je.

Hari ini aku lambat bersiap. Kesian bapak aku nk kena tggu aku bersiap. Dia kerja kat government masuk kerja pukul 8 pastu siap ada punch card lagi.  Kalau lambat, card tu merah la. Bukan card tu tiba-tiba jadi merah tapi bertanda merah instead of hitam.

Mak kat rumah pun dah bebel je. Tapi xboleh nak marahkan. Mak itu memang suke membebel pon. Buat la apa sekalipun. Memang xboleh halang. Itu lumrah.
Oh dah lambat kan abestu ape perancangan kita kalau da lambat ni. Esok manage time elok2 pastu cuba bangun awal. Ya itu lah kunci segalanya. Bangun awal.

Sebab itulah Allah ada turunkan surah Al- As (Demi Masa). Allah itu tahu manusia ini sering lupa sebab itu dia kasi kita surah itu, supaya kita lebih mengingati betapa pentingnya masa itu.

Ok jom tadabbur sikit ayat pertama itu Allah cakap ,”Demi masa”. Demi? Apa erti demi? Demi itu menunjukkan betapa besarnye makna iaitu demi MASA itu tersendiri. Meletakkan segalanya pada MASA itu.

Ok ayat kedua, ‘’sesungguhnya manusia itu dalam kerugian ‘’

Ayat ketiga,’’ Kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal-amal soleh dan menasihati antara satu sama lain kepada kebenaran dan menasihati antara satu sama lain untuk kesabaran “.

Nampak tak yang Allah itu mengingatkan kita. Dia xnak kita menjadi orang yang dalam kerugian. Ok kita ambil contohlah. Ada satu event ni dapat makan free, pastu kita terlambat maka makanan pun habis. Tiadalah rezeki untuk kita. Haa betapa pentingkan masa tu. Dah tu janganlah lambat. Gunalah masa itu sebaik mungkin.

Tuesday 27 November 2012

hari Pertama Internship

yeah.. hari yang ditunggu dah tiba.. how time flies..

buat intership kat mana..?
"alah Consultancy je pun. eh consultant pun bagus ape. jangan main-main. "

jom introduced berapa ramai staft kat sini. yang pertama encik bos, yg kedua anak encik bos, encik- encik engineer 3 orang pastu 5 orang technician yang lastnye 3 orang kerani wanita. ye nasib ade 3 wanita.. makcik-makcik ni la jadi peneman.

nak dapat bilik sendiri memang la tak dapat ni dapat meja dengan satu komputer pun jadilah. weee hapi je saya. Disebabkan saya ini intern dengan encik engineer maka kenalah duduk dlm bilik bersama encik-encik engineer.

Pemikiran skrg dah kena ubah dah. Semua kena pikir macam engineer. ya duduk, cakap pun kena act like an engineer. tapi makan? ok macam engineer jgk.

Hari ini tak buat apa - apa pun. beramah mesra dgn mereka. Orientasi day makan durian.. hahaha..
ok jam pun dah pukul 5.15.. lagi 15 minit boleh balik..  

Esok dah kena start bekerja as engineer yang sebenar kot. hari ini orientasi pengenalan. 
maka tamatlah hari pertama saya hari ini.




Result itu ketentuanNya

Allahuakbar..! Allahuakbar..!

Allah tu sangat hebat kan. bila-bila je kalau dia nak gagalkan kita dia gagalkan.
 Kalau dia nak luluskan kita. maka dia luluskan

Nampak tak hebatnye Allah tu.

Pernah tak rasa yang kalau kita berusaha dengan dasyat sehebat mana pun kalau Allah tu nk bagi kita gagal kita tetap akan gagal jugak.

Pernah tak rasa yang kita xboleh jawab pun soalan tu mesti fail ni, tapi bila Allah nk luluskan kite jgk tu
kita tetap akan lulus dan tiada siapa pun dapat halang Allah.

Tapi kan apa yang selalunye manusia akan lakukan kalau dia lulus?
Ya dia bersyukur. Alhamdulillah kalau masih ada perasaan itu.

Tapi bagaimana pula pada mereka yang gagal?
alhamdulillah dia sabar tabah dan redha dgn ujian Allah.
Tapi bagi mereka yang kurang imannya pasti akan marah Allah, putus asa mengalah macam tu je.

Nampak tak sebenarnye betapa vesar lagi nikmat utk org yg gagal dari yg lulus itu. Yg lulus sudah tentu bersyukur tapi yg gagal tu?

Allah hanya nak menguji kamu, percayalah pahala disebalik kegagalan itu lebih besar berbanding mereka yg lulus itu.

Mungkin selepas gagal ini kamu akan bertambah bersemangat dan makin mengingati Allah berbanding pula mereka yang lulus itu, ntah2 melupakan Allah. Who knows kan.. hati manusia.




Sunday 4 November 2012

Sungguh aku tak Sangka.

Assalamualaikum semua, sekarang ni musim final examination kat university kiteorg ni. Dalam nk exam ni mcam - macam la tekanan perasaan yg kita lalui kan. tapi itu la cara Allah nk kasi bonus kat kita

Bonus - pahala ( kita lalui dgn berhikmah dgn ihsan) - dosa ( kita lalui dgn gagal dan marah )

Dan Alhamdulillah kami di uji lagi kali ini, mggu lepas rumah kami dipecah masok perompak. dan tidak ketahuilah perompak itu siapa. Forensic people pun da dtg tapi tidak berjaya jumpa apa2 bukti cop jari.

hmm. ceritanye sebegini. Pada Selasa lepas, kiteorg semua kat uni sebab nak siapkan assignment n hari itu jgk Ayuni cakap akan dtg rumah kiteorg dgn sendirinya sbb dia ade kunci rumah.

Jam 5.30 pm, ayuni masuk rumah terus menuju ke bilik mai, sambil2 tu jeling la bilik fatihah.''hmm xde org, pastu masok bilik izzah nk charge hp pastu p bilik mai rehat.

Dia langsung x jenguk bilik aku. hmm pasrah je. bilik xcntik kot. heeee..

Ayuni pun masok toilet nak amik sembahyang kan pastu dlm toilet tu dia dgr bunyi step yg kuat sangat.
'' Maiiii, kau da balik ke?'' ... mm.. xde org jawab. aneh.

Ayuni pun keluar toilet dan terus menuju ke dapur, dan MasyaAllah tingkap dapur kami pecah dan pintu belakang terbuka luas.

Ye ini kes pecah rumah. Pencuri itu menyembunyi dalam bilik aku tatkala itu ayuni tidak perasan.

Mmg sangat mentarbiyah dan kami ditarbiyahkan oleh semua ini.

nampak tak betapa hebatnye kuasa Allah, langsung tak menggerakkan hati Ayuni langsung utk ke bilik aku. Agaknya apa akan terjadi pada Ayuni if dia masok bilik aku?

Syukur Alhamdulillah Allah bersama Ayuni. Sujud syukur dia tidak apa2.

Yang kagum lagi, sebenarnye kami balik awal je hari itu tpi entah nak kena siapkan assignment tu jgk so balik lambat tu.

Kalau la Ayuni xde msti konfirm semua barang laptop , DSLR aku dia rembat. dan tahziah aku kehilangan 2 hp. tpi xpe aku redha. mungkin kalau kurg rezeki ini Allah nak tambah rezeki lain utk aku. InsyaAllah.

Nmpk tak kenapa Allah lakukan semua ni berlaku. kenapa kami pulanng lewat selalunye awal? dan kenapa Ayuni tergerak hati nk dtg umah kiteorg padahal kiteorg xde kat umah pun dah gitau dia awal-awal.

Ye ini semua rancangan Allah utk menguji kami. menguji aku. InsyaAllah. Alhamdulillah kami lalui semua ni dgn ihsan. :)

p/s: thanks for reading. All the best pada yang nak exam tu..:)






Secara Tak Sedar Harta Kita Di Sucikan

Kadang-kadang tu pernah tak rasa baru je dapat gaji tapi dah kena kuarkan duit.. tiba tiba pulak la kereta nak rosak la , laptop nak rosak l...