Wednesday 28 November 2012

M A S A


Masa itu Emas
Ahh itulah peribahasa yang sering kita dengari. Jemu dah nak dengar ni.
Tapi disebabkan kita selalu dengarlah kita selalu lupa, kita ambil xkisah je.

Hari ini aku lambat bersiap. Kesian bapak aku nk kena tggu aku bersiap. Dia kerja kat government masuk kerja pukul 8 pastu siap ada punch card lagi.  Kalau lambat, card tu merah la. Bukan card tu tiba-tiba jadi merah tapi bertanda merah instead of hitam.

Mak kat rumah pun dah bebel je. Tapi xboleh nak marahkan. Mak itu memang suke membebel pon. Buat la apa sekalipun. Memang xboleh halang. Itu lumrah.
Oh dah lambat kan abestu ape perancangan kita kalau da lambat ni. Esok manage time elok2 pastu cuba bangun awal. Ya itu lah kunci segalanya. Bangun awal.

Sebab itulah Allah ada turunkan surah Al- As (Demi Masa). Allah itu tahu manusia ini sering lupa sebab itu dia kasi kita surah itu, supaya kita lebih mengingati betapa pentingnya masa itu.

Ok jom tadabbur sikit ayat pertama itu Allah cakap ,”Demi masa”. Demi? Apa erti demi? Demi itu menunjukkan betapa besarnye makna iaitu demi MASA itu tersendiri. Meletakkan segalanya pada MASA itu.

Ok ayat kedua, ‘’sesungguhnya manusia itu dalam kerugian ‘’

Ayat ketiga,’’ Kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal-amal soleh dan menasihati antara satu sama lain kepada kebenaran dan menasihati antara satu sama lain untuk kesabaran “.

Nampak tak yang Allah itu mengingatkan kita. Dia xnak kita menjadi orang yang dalam kerugian. Ok kita ambil contohlah. Ada satu event ni dapat makan free, pastu kita terlambat maka makanan pun habis. Tiadalah rezeki untuk kita. Haa betapa pentingkan masa tu. Dah tu janganlah lambat. Gunalah masa itu sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment

Secara Tak Sedar Harta Kita Di Sucikan

Kadang-kadang tu pernah tak rasa baru je dapat gaji tapi dah kena kuarkan duit.. tiba tiba pulak la kereta nak rosak la , laptop nak rosak l...